TUAN KEMARI MENCARI MAKLUMAT,TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Sunday 11 December 2011

Sejarah Seni Malaysia

• Seni Halus adalah terjemahan daripada perkataan Inggeris: Fine Arts – objek seni (atau aktiviti apresiasi dan penghargaan) yang berkaitan dengan lukisan , catan, cetakan dan arca.

• Seni Lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930-an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff, dan lain-lain.

• Pelukis-pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau aliran dari barat – karya pelukis-pelukis / seniman terkemuka dunia. Pendedahan hanya terhad kepada karyawan di sekeliling mereka dan penghasilan rakan sejawat

• Karya-karya mereka mentah dan tidak halus – tidak berpeluang mendapat bimbingan

Awal 1950-an baru muncul pelukis yang berkedudukan dan dedikasi: Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia, dan lain-lain

• Pelukis asing: Chuah Thean Teng (dari China) dan Mohd Hoessein Enas (Indonesia)

• Malangnya alam seni masih berada dalam keadaan sepi dan mengecewakan – pameran yang diadakan sekali sekala cepat dilupakan kerana tidak cukup publisiti dan ulasan melalui media massa. Karya seni dalam pameran jarang dibeli orang

• Tahun-tahun 50-an merupakan zaman perintis pelukis Malaysia. Mereka menemui ketakjuban dalam berkarya, penglibatan, dan rasa tanggungjawab serta menyedari kebolehan mereka.

1952 Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom : memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.

• Pada tahun yang sama Peter Harris (seorang pegawai di Kementerian Pendidikan) juga telah menubuhkan Wednesday Art Group di Kuala Lumpur, bertujuan antuk memeperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru-guru dan dan pelukis muda tempatan yang berminat.



• 1954 Mohd Hoessein Enas, Idris Salam, Zakariah Noor dan kumpulan telah membentuk Majlis Kesenian Melayu. Kumpulan ini telah menghasilkan karya-karya yang menonjolkan imej figuratif Melayu. Kumpulan ini akhirnya dikenali dengan Angkatan Pelukis SeMalaysia

• The Thursday Art Group ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1957 dengan tujuan memeprkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran

• The Penang Art Teachers’ Council yang ditubuhkan pada tahun 1952, dihidupkan semula oleh Tay Hooi Keat dan nama kumpulan ditukar kapada The Penang Art Teachers’ Circle (1965)



Majlis Kesenian yang ditubuhkan pada 1952 memberi sokongan, menjaga, dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.

• Kumpulan-kumpulan dan organisasi seni yang ditubuhkan dalam tahun 1950-an memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan seni lukis Malaysia pada peringkat permulaannya

• Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah: Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

• Hasil pembangunan dan kesedaran tentang pendidikan, di tahun-tahun kebelakangan ramai pelukis-pelukis tanah air menerima pendidikan seni secara formal di dalam dan luar Negara

• 1958 Balai Seni Lukis di tubuhkan. Ianya memberi sokongan amat bermakna daripada kerajaan kepada pelukis-pelukis – menambahkan keyakinan mereka.

1960 Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) ditubuhkan. Guru-guru berminat di bidangn seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat yang besar dihantar untuk berkursus penuh masa / melanjutkan pengajian di luar negara. Usaha kerajaan telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih mahir dan luas pengetahuannya di bidang pendidikan seni.

• Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960-an

• Kakitangan akedemik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong laitong, Jolly Koh dan lain-lain memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini

• Mereka telah membuka jalan untuk deria baru mengenai kebebasan sikap pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya ciptaan, dan mengadakan keharusan untuk pemikiran.

• Gaya catan pelukis-pelukis 1950-an hingga 1960-an beranika; dari aliran realism kepada impresionisme, ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada pengaruh dan pendedahan pelukis-pelukis. Pilihan subjek catan juga berbagai-bagai

Seni lukis aliran utama 1960-an dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Demikian juga dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri

• Nilai-nilai gerak berus (brush stroke) dalam karya mereka mempunayi peresamaan dengan seni tulils tradisional warisan kebudayaan kaum Melayu dan China telah menjadi satu bahasa visual yang difahami serta dihayati oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

• Tahun 1960-an melahirkan pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis telah menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni di samping ahli-ahli politik dan diplomat

• Karya-karya yang lebih matang dan bermutu tinggi telah muncul melalui usaha ini

• Pameran seni sering dibuka dengna resmi oleh para menteri atau orang kenamaan kerana telah dianggap antara akltiviti kebudayaan yang penting. Liputan yang meluas media-massa seperti surat khabar, radio dan televisyen.

Penghujung tahun 1960-an pelukis-pelukis Malaysia terlibat dengan intisari mengunakan bahan-bahan tempatan dan suasana alam sekitar sebagai ramuan gambaran tampak

• Mereka telah memasuki era baru kesedaran, menyiasat ke alam pemikiran; menghubungi suasana sosial, dan warisan kebudayaan. Banyak peluang pameran di peringkat antarabangsa yang diadakan di seberang laut yang telah disertai oleh pelukis-pelukis Malaysia

• Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni di Negara dan juga usahawan-usahawan Melayu dalam bidang-bidang seni tertentu.

• Awal tahun 1970-an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alilh tempat avan-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ‘New Scene’ ialah Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar

• Pendekatan gaya catan mereka berasaskan kepada optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan juga masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain alliran semasa tetapi juag mula menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika, maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan

• Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970-an

• 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia

• Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah badan yang yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan berkerjasama denngan kerajaan mengenai hal-hal yang berkait dengan seni lukis di Malaysia dan luar Negara

• Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab, dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar Negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang yang tertentu.

• Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum, dan para peminat seni yang berada, telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan. Sambutan ini menambahkan lagi semangat dan minat pelukis-pelukis tempatan untuk menghasilkan karya yang lebih tinggi mutunya.

• Awal tahun-tahun 1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yanh naïf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan legenda yang kaya di rantau ini.

• Kini terdapat artis yang mendekatkan diri mereka kepada subjek-subjek berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, mereka yang bergerak ke arah subjek berkaitan dengan metos dan legenda, meneliti persolan identiti kosmologi diri sendiri, kesamaran ruang gambaran, warisan budaya serantau, isu-isu sosial politik, keadaan dalam kontek Islam, perluasan tulisan seni khat, sifat-sifat lahiriah bahan, cabang nilai semasa dan tradisi serta banyak pilihan subjek lain yang menarik.

• Dalam jangka masa yang begitu singkat, alam seni Malaysia telah mengalami perubahan yang luas dan cepat, daripad suasana kedaerahan dan rentak perlahan awal 1950-an kepada tempo rancak serta kaedah dan corak yang beranika. Seni lukis yang membangkitkan perasaan, mengusik intelek, dan mencuit jiwa telah berkesan sebagai satu bentuk pernyataan yang bermakna dalam kebudayaan negara kita yang hidup seger terus berkembang bersama-sama perkembangan politik, ekonomi, dan sosial negara.

No comments:

Post a Comment

Asas Jahitan Manik dan labuci